Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Presiden Syria, Bashar al-Assad berkata bahawa beliau berazam untuk membebaskan seluruh muka bumi negara Arab tersebut daripada cengkaman pengganas Takfiri yang ditaja oleh pihak asing.
Kenyataan itu dibuat oleh beliau ketika tentera kerajaan Damsyik kini sibuk melancarkan operasi besar-besaran di wilayah Idlib yang menempatkan kubu militan terakhir di dalam konflik yang berlarutan selama sembilan tahun itu.
Assad mengeluarkan kenyataan tersebut di dalam pertemuan beliau dengan Speaker Parlimen Iran, Ali Larijani dan rombongannya di Damsyik pada hari Ahad.
Menurut Assad, sesetengah pemimpin musuh masih berusaha menyokong elemen pengganas yang mengambil warga awam sebagai tebusan dan menggunakan mereka sebagai perisai manusia dalam menangkis kemajuan pasukan kerajaan di Idlib.
Presiden Syria itu turut menegaskan bahawa situasi sekarang tidak boleh dikekalkan dengan mengorbankan kehidupan, keamanan dan kestabilan Syria.
Larijani, bagi pihak Iran pula menyatakan sokongan berterusan Republik Islam terhadap kerajaan Syria dalam memerangi keganasan di negara Arab itu. -Agensi
16 Februari 2020 - 19:08
News ID: 1010862
Presiden Syria, Bashar al-Assad berkata bahawa beliau berazam untuk membebaskan seluruh muka bumi negara Arab tersebut daripada cengkaman pengganas Takfiri yang ditaja oleh pihak asing.